BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Popular Posts

Friday, 19 August 2011

tentang ikan pelaga III


 Baka-baka ikan laga ada banyak jenis sebenarnya, contohnya varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar.
Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Harga seekor ikan laga??
Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.
Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
ikan laga bertelur, proses mengawan ikan laga, ikan laga bersenyawa
Ketika proses bertelur!
Cara penjagaan dalam proses  pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat  pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.
Langkah-langkah yang perlu diketahui :
  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.
Peringatan:
  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.
    Nah, anda dah boleh ternah ikan laga dah nie. Cumanya, kita tak pasti dari segi penyakit dan masalah-masalah lain. (mungkin entri akan datang, kena buat lagi lah tue).
    Apapun semuanya banyak memerlukan modal yang agak besar untuk membuat penternakan ikan laga ini. Aspek yang perlu dikira ialah makanan, tempat tinggal, air,  dan juga suhu yang sesuai. Apapun, jika sudah ada ilmu yang cukup, analisis yang lengkap dan juga kerjasama dengan beberapa pihak. Teruskan sahaja usaha anda.

0 comments: