BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Popular Posts

Friday, 19 August 2011

Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:

Tidak kira sama ada jenis biasa atau ‘fancy’ asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:

1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ‘tubifex worm’ atau ‘blood worm’.

2. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air - air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.



3. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.


4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

5. Pengawanan 
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1½ jam.

6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ‘blood worm’ yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.
SUMBER: dari internet

0 comments: