BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Popular Posts

Friday 19 August 2011

TIGER PELAGA SIAM

Peranakan ikan laga yang baik adalah mencakupi 3 hal terpenting. yaitu 1.tehnik tarung -2.sisik dan ketajaman-3.hati ksatria. Tehnik bertarung akan sangat penting dalam sebuah pertarungan keras. yang pintar akan memperoleh kesempatan lebih besar untuk memenangi pertarungan. sisik yang keras menjadi pertahanan pertama.gigi tajam menjadi senjata maut bila terkombinasi dengan tehnik yang baik. dan terakhir adalah hati ksatria . ikan laga yang memiliki hati ksatria akan selalu bertahan sebelum musuh pergi meninggalkan pertarungan.    

CUPANG LAGA LOKAL



TIGERPELAGASIAM Lebih memprioritaskan ikan hasil ternakan sendiri dengan kualitas yang sangat baik. walaupun baru berjalan selama 2 tahun, namun ikan hasil ternakan sendiri cukup mampu bersaing dengan ikan ikan produksi dari malaysia , thailand dan singapore. Umumnya hasil peranakan merupakan perpaduan antara ikan laga asal singapura dengan ikan lokal asal riau dan pulau sumatera lainnya. adapun permintaan untuk ikan import asli asal singapore dan malaysia (Johar Bahru) bisa kami penuhi. 

Spesies berkualiti, unik cecah harga ratusan ringgit


SUATU ketika dulu, pemeliharaan ikan hiasan dianggap sekadar hobi buat peminatnya yang biasanya menempatkan ikan hiasan seperti ikan emas, kelisa dan ‘flower horn’ di dalam akuarium yang dihias cantik di sudut rumah.
Kini, semakin ramai peminat ikan hiasan beralih kepada pemeliharaan ikan pelaga yang bukan saja berwarna-warni, malah mempunyai daya tarikan tersendiri khususnya di bahagian ekornya yang kelihatan seperti `kepak’, seolah-olah bertindak sebagai perisai bagi menangkis serangan musuh.
Dua jenis ikan pelaga yang banyak dijual di kedai akuarium di negara ini ialah pelaga tempatan (Betta bellica) dan pelaga Siam (Betta splendens) yang dibezakan menerusi bentuk ekornya yang mana pelaga tempatan ekornya pendek, manakala pelaga Siam berekor panjang terurai.
Kecantikan ikan pelaga ini dikatakan terserlah ketika ia berlaga, khususnya ikan jantan yang badannya bertukar warna menjadi warna biru gelap berkilat sehingga mengasyikkan sesiapa yang melihatnya.
Berikutan permintaan yang tinggi terhadap ikan pelaga, banyak penyelidikan dilakukan agensi berkaitan termasuk pengusaha yang membuat proses kacukan spesies ikan terbabit bagi mendapatkan baka yang lebih cantik yang mana ia mampu dijual dengan harga lebih mahal.
Seorang penternak ikan pelaga dari Kota Bharu, Kelantan, Zulkifli Yusoff, 48, yang 15 tahun berpengalaman mengusahakan ikan hiasan, berkata empat kategori ikan pelaga yang popular di negara ini ketika ini ialah tembaga, `half moon`, `crown tail` dan `plaket`.
Beliau mengakui, ternakan ikan pelaga mampu memberi pulangan lumayan sehingga melebihi empat angka setiap bulan berikutan minat di kalangan orang ramai semakin berkembang sehingga ada peminat sanggup menghabiskan ribuan ringgit bagi memelihara puluhan ekor ikan terbabit.
“Ternakan ikan pelaga ini memang memberi pulangan lumayan kerana walaupun bersaiz kecil, harga seekor ikan boleh mencecah antara RM300 hingga RM400 jika jenis ikan terbabit sukar ditemui, khususnya dari jenis tembaga yang popular di Kelantan.
“Harga ikan pelaga bergantung kepada warna dan ekor, semakin besar ekornya, maka harganya lebih mahal. Untuk menghasilkan ikan yang cantik, penternak mesti pandai mengacuk jenis ikan terbabit,” katanya yang menjual ikan pelaga di pasar pagi dan malam sekitar Kota Bharu.
Zulkifli berkata, bagi peminat ikan pelaga, penjagaannya tidak memerlukan kepakaran dan tidak membabitkan kos yang tinggi kerana ia hanya perlu diberi makan jentik-jentik yang mudah didapati di kawasan takungan air bersemak atau cacing bersaiz kecil.
Seorang lagi pengusaha ikan pelaga di Kota Bharu, Abdul Razak Mohd Ali, 43, berkata permintaan yang tinggi terhadap ikan pelaga yang menjadi hobi baru di kalangan rakyat Kelantan menyebabkan beliau terpaksa mendapatkan bekalan benih ikan terbabit dari Perak dan Pulau Pinang.
Beliau yang pernah membantu bapanya menjual kain di pasar malam sekitar Kota Bharu pada pertengahan 1990-an sebelum menceburi perusahaan ikan hiasan berkata, ikan pelaga yang dijualnya berharga antara RM2 hingga RM40 seekor, tetapi boleh mencecah sehingga ratusan ringgit jika ikan berkenaan mempunyai keunikan tersendiri.
“Secara purata, setiap bulan saya menjual lebih 500 ikan pelaga pelbagai jenis yang dijual di rumah serta pasar minggu di Wakaf Che Yeh sambil dibantu dua anak lelaki saya. Alhamdulillah, hasilnya cukup lumayan,” katanya.
Abdul Razak berkata, ikan pelaga jantan lebih agresif serta mempunyai bentuk badan yang lebih
kecil, tirus dan berwarna terang, manakala induk betina berbadan besar, berperut buncit serta berwarna pucat.
Keunikan ikan pelaga ini bukan saja menarik minat golongan dewasa, malah wanita dan kanak-kanak turut memeliharanya sebagai hobi sehingga sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata bagi memenuhi minat yang mendalam terhadap spesies berkenaan.
Di Kelantan, ada di kalangan penduduk kampung yang meminati spesies ikan terbabit menghabiskan masa senggang dengan berkumpul di kedai kopi bagi mempamerkan kecantikan ikan pelaga masing-masing sambil berbincang mengenai penjagaan ikan berkenaan.
Murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Mohd Amirul Azlan, 7, berkata beliau memelihara 10 ekor ikan pelaga di rumah sebagai hobi pada masa lapang kerana begitu tertarik dengan kecantikan serta keunikan ikan hiasan terbabit.
“Semua ikan pelaga itu saya jaga sendiri, bagi makan sendiri, tidur pun dengan ikan pelaga. Ayah yang belikan ikan ini sebab saya hendak pelihara di rumah.
“Saya seronok bela ikan pelaga, kawan-kawan di sekitar rumah juga minat memelihara ikan pelaga. Minat ini timbul ketika berumur empat tahun lagi. Ingat nak tambah koleksi, tapi tak ada duit,” katanya.
Mohd Amirul adalah antara lebih 500 penggemar ikan pelaga yang menyertai Pameran Ikan Hiasan Betta Peringkat Kelantan yang diadakan di Pasir Mas, baru-baru ini. Kanak-kanak itu memperagakan empat ikan hiasannya untuk dipamerkan pada program berkenaan.
Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Abdullah Jaafar, berkata pihaknya bercadang memperluaskan pertandingan ikan hiasan jenis Betta atau pelaga ke seluruh negeri memandangkan ia semakin diminati di kalangan peminat ikan hiasan.
Beliau berkata, dalam usaha menggalakkan pengeluaran ikan hiasan di kalangan pengusaha tempatan, pihaknya sedia membantu memberi latihan dan khidmat nasihat kepada sesiapa yang berminat, khususnya dari segi penghasilan baka.
“Kita berhasrat menjadikan Kelantan sebagai pengeluar utama ikan hiasan jenis Betta di negara ini kerana ia semakin diminati termasuk di negara jiran. Malah, harga ikan pelaga ini sudah meningkat, dulu seekor cuma 50 sen, sekarang dah mencecah ratusan ringgit,” katanya.

PANDUAN MEMILIH JENIS BETTA

Pelbagai jenis Betta ?fancy? boleh dibeli di pasaran tempatan ketika ini seperti jenis yang berwarna merah, kuning dan hitam, terdapat juga jenis yang berkilat (metallic) seperti hijau dan biru, pelbagai warna dan bercorak ?marble?. Terdapat juga yang mempunyai ekor yang panjang (veil tail, comb tail atau palm leaf), jenis berekor pendek (short fin), ekor cabang dua (double tail) dan berbentuk ekor guppy atau half moon. Warna ikan dan jenis sirip adalah mengikut selera individu peminat. Ciri penting yang perlu diambil kira dalam memilih Betta ialah dilihat keadaan siripnya semasa berenang dan mengembang. Sirip yang sangat terlentuk ke bawah dan terlipat dianggap tidak bermutu. Bahagian ekornya mestilah agak selari dengan badannya semasa ikan berehat atau berenang. Ekor (jenis panjang) yang berlipat atau bergulung menunjukkan ikan sudah tua atau telah lumpuh (paralyse) dan tidak menarik. Sirip ikan yang kuncup menunjukkan ikan kurang sihat atau kurang selesa dengan sekitarannya. Untuk memilih jantan yang bertenaga perlu dipastikan terdapatnya buih di dalam bekasnya sementara ikan betina dipilih dari individu yang kelihatan ceria dengan sirip terbuka luas, warna menarik dan memberangsangkan.

PANDUAN MEMELIHARA BETTA

Pada asalnya Betta memerlukan air dengan pH rendah sekitar 5-6.5 untuk hidup dengan baik. Kini kebanyakan Betta yang dihasilkan secara komersial di negara kita telah dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai pH air. Bekalan air domestik yang neutral juga sesuai untuk ternakan Betta. Ikan jantan yang terpilih boleh dipelihara dalam botol minuman kecil secara individu untuk mengelakkan dari dicederakan oleh ikan yang sejenis dengannya. Ikan betina boleh dipelihara bersama ikan-ikan lain yang toleran seperti Rasbora, Angel dan neon tetra. Elakkan dari ikan yang gemar menggigit sirip ikan lain (fin nipper) seperti half-red eye tetra, atau tiger barb.
Betta ialah sejenis omnivor dan boleh diberi sebarang makanan termasuk plankton, cacing, jejentik dan pellet. Ia adalah ikan tahunan (annual fish) dan hayatnya lebih kurang satu atau dua tahun. Adalah tidak digalakkan untuk mengeluarkan wang ratusan atau ribuan ringgit hanya untuk membeli seekor ikan yang diidamkan. Berbeza pula jika anda membelinya untuk dijadikan induk yang bakal mengeluarkan hasil berlipat kali ganda.

PERLU DIAMBIL KIRA SEMASA MEMBIAKKAN BETTA

Jika ikan betina belum bersedia, ikan jantan akan mencederakannya sehingga mati. Jika ikan jantan belum bersedia menerima ikan betina atau sarang buihnya belum siap disediakan ianya juga akan bertindak ganas terhadap ikan betina. Sebaliknya jika betina telah bersedia tetapi jantan belum lagi, ikan betina pula akan bertindak agresif terhadap ikan jantan. Sekiranya jantan masih belum menyiapkan sarangnya kadang kala betina akan melepaskan telurnya tanpa disenyawakan oleh ikan jantan.

tentang Ikan Pelaga IV


Ikan Pelaga memang cantik tetapi suka bergaduh dengan ikan lain termasuk jenis ikan pelaga yang lain. Perlu masuk di dalam bekas yang berasingan dengan ikan lain. Ikan pelaga merupakan sejenis ikan air tawar yang yang dipelihara di dalam akuarium. Ia berasal dari lembangan Sungai Mekong di Asia Tenggara.
Antara jenis ikan pelaga ialah Betta splendens (ikan pelaga siam), Betta imbellis (ikan mengkaring) dan Trichopsis vittata (ikan sempilai).

VARIASI EKOR IKAN LAGA~


Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bentuk ekor ikan laga. Tetapi pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis bentuk ekor ikan laga yang biasanya dipertandingkan. Antaranya ialah: 

Halfmoon (HM)

Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah





Plakat (PK)

Plakat merujuk kepada ikan laga berekor pendek. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan Modern Show Plakat. Kedua-dua jenis plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ‘D’ dan sekurang-kurangnya 180 darjah. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang (rays) sahaja. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan cirri-ciri hasil dari pembenihan terpilih. Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.






Crowntail (CT) 

Crowntail merupakan ikan laga yang unik dan dalam kelasya yang tesendiri. Crowntail dikatakan berasal dari Indonesia. Di Indonesia ikan laga dikenali dengan panggilan Chupang. Crowntail merupakan ikan laga yang mempunyai ekor yang tajam dan bercabang. Walaupun bergitu, Crowntail yang berkualiti mestilah mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180 darjah. Terdapat pelbagai jenis variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang atau cabang yang dihasilkan. Antaranya ialah Single Ray, Double Ray, Double Double Ray dan King Crowntail




Doubletail (DT)

Doubletail merujuk kepada ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah-olah mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180 darjah dan belahan tengah yang dalam dan semetri. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)






AMARAN !!!



AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

tentang ikan pelaga III


 Baka-baka ikan laga ada banyak jenis sebenarnya, contohnya varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar.
Kenapa ikan laga mendapat sambutan??
Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
Harga seekor ikan laga??
Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.
Penjagaan secara komersial agak rumit.
Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun,  tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
ikan laga bertelur, proses mengawan ikan laga, ikan laga bersenyawa
Ketika proses bertelur!
Cara penjagaan dalam proses  pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat  pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.
Langkah-langkah yang perlu diketahui :
  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.
Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.
Peringatan:
  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.
    Nah, anda dah boleh ternah ikan laga dah nie. Cumanya, kita tak pasti dari segi penyakit dan masalah-masalah lain. (mungkin entri akan datang, kena buat lagi lah tue).
    Apapun semuanya banyak memerlukan modal yang agak besar untuk membuat penternakan ikan laga ini. Aspek yang perlu dikira ialah makanan, tempat tinggal, air,  dan juga suhu yang sesuai. Apapun, jika sudah ada ilmu yang cukup, analisis yang lengkap dan juga kerjasama dengan beberapa pihak. Teruskan sahaja usaha anda.

Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:

Tidak kira sama ada jenis biasa atau ‘fancy’ asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikut dinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:

1. Pra pembiakan (Conditioning)
Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekas sementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikan tetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ‘tubifex worm’ atau ‘blood worm’.

2. Penyediaan tangki Pembiakan
Tangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air - air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satu keratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.



3. Mencampurkan Induk
Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telah membina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dan diletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.


4. Membuat Sarang Buih
Ikan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera dan menghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buih kekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada mula diperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga pada satu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.

5. Pengawanan 
Semasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu sama lain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur matang dikeluarkan dan serentak dengan itu ikan jantan mensenyawakannya. Telur tersenyawa tenggelam ke dasar tangki. Ikan jantan memungutnya dan menghembuskannya ke dalam sarang buih. Buih yang rosak akan terus dibaiki oleh ikan jantan. Proses ini akan berulang-ulang dan mengambil masa 1 hingga 1½ jam.

6. Penjagaan Telur
Sebaik sahaja selesai mengawan induk betina perlu dikeluarkan dari tangki pembiakan dan dirawat sekiranya mengalami kecederaan. Biarkan induk jantan mengawasi telur sehingga menetas.

7. Penjagaan Fry
Telur menetas selepas 24-30 jam. Ikan jantan sentiasa mengawasi sarangnya, membina semula sarang yang rosak, menangkap fry yang terlepas dan memasukkan semula ke dalam sarang. Selepas 3 hari fry akan berenang dan perlu diberi makanan. Makanan pertama terbaik untuknya ialah makanan semula jadi yang terdapat dalam air hijau (green water) yang boleh didapati dari air ternakan ikan seperti tilapia / keli yang telah lama. Kaedah lain ialah dengan menyediakan brine shrimp nauplii (Artemia) yang baru menetas. Setelah berumur 5 hari boleh diberi makanan rumusan berbentuk serbok. Fry berumur 7-10 hari perlu dipindahkan ke dalam tangki pemeliharaan yang lebih besar untuk pembesaran dengan diberi makan moina atau ‘blood worm’ yang dicincang. Tangki pemeliharaan tidak perlu diberi pengudaraan.

8. Pengasingan / Pembotolan

Setelah berumur 3 bulan ikan jantan mulai aggresif dan perlu diasingkan secara individu di dalam botol. Ikan betina boleh dipelihara dalam tangki secara komuniti. Untuk penghasilan komersial perlu dipastikan ruang yang mencukupi dan bekas yang banyak untuk menyimpan jantan.
SUMBER: dari internet

NAK JAGA IKAN LAGA

jom..kepada sapa2 nak bela ikan laga..cara nak jaga mudah ajer..nie aku dpt dari blog kawan..

MAKANAN- ikan laga suka kepada haiwan air kecil atau mikro sperti jentik2, kupang2, kutu air dan cacing air...

AIR- ikan laga suka kepada air yg sejuk, contoh: air bukit, air hujan, air takungan, n air sungai batu..


PENCAHAYAAN- kalo bleh letak ikan laga kat tmpat yg ada cahaya skit, tp jgn direct sun la, tkut perut nek atas.. kalo tmpt redup, dia kurang nak aktif skit.. mcm burung jugak, kena jemur kekadang..


HIASAN - ikan laga tidak perlukan hiasan, tp bleh la diletakan hiasan seperti batu licin besaq duit 5kupang tuh (alaa yg mghelit tuh) utk bg air sejuk.. letak pokok ekoq kucing skit, bg dia buat buih.. 


UBAT TRADISIONAL - letakan sedikit daun ketapang, lebih kurang satu ruas jari anda or kecik lagi utk elak dia kena penyakit kulit.. xpayah beli OXY dah.. 


UBAT TAMBAHAN - kalo nak bg dia aktif , galak.. beli ubat black wateryg byk terdapat dipasaran.. buh setitik dua ja, kalo byk air jd hitamm.. namo pun air itam dok..? 


BALANG - kalo bleh beli bekas yg agak luas n tnggi, lebih kurang satu jengkai lebaq n tinggi.. kalo buat dari kaca, lagi bagus..

makanan ikan pelaga

Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air. Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga. Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia. Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat.

cara bernafas

Ikan pelaga, sama seperti ikan lain mempunyai insang. Ia dapat menapis oksigen dalam air. Walaupun begitu, ikan pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan. Ini membolehkan ikan pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Sebab itulah anda dapat lihat ikan pelaga berenang ke permukaan untuk mengambil udara. Organ labyrinth membantu ikan pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan ikan pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Ikan yang tidak dapat berenang ke permukaan akan mati lemas. Organ labyrinth hanya berfungsi apabila ikan besar. Benih ikan (fry) bernafas sepenuhnya menggunakan insang.

tentang ikan pelaga II


IKAN PELAGA HIASAN
IKAN PELAGA(BETTA SPLENDENS) DARI MALAYSIA MERUPAKAN SALAH SATU JENIS IKAN PELAGA YG TERBAIK DI ASAI TENGGARA.TERDAPAT DUA JENIS IKAN PELAGA IAITU IKAN PELAGA HIASAN DAN IKAN PELAGA LAWAN.IKAN PELAGA HIASAN MEMILIKI CIRI-CIRI SEPERTI BADAN YG CNATIK,SIRIP YG LEBAR SERTA PANJANG DAN MEMPUNYAI WARNA YG MENARIK.MANAKALA,IKAN PELAGA LAWAN PULA MEMPUNYAI SIRIP YG PENDEK,KEPALA YG BESAR,RAHANG DAN GIGI YG KUAT.IA JUGA MEMPUNYAI KETAHANAN YG KUAT~


IKAN PELAGA LAWAN



tentang ikan pelaga I

Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish". Ada banyak spesi ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluargaOsphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.

Thursday 18 August 2011

Bagaimana membezakan antara Ikan Pelaga Jantan dan Ikan Pelaga Betina?


                         Ikan pelaga betina


Secara amnya, ikan pelaga jantan memiliki warna yang lebih cerah dan lebih menarik, sirip dan ekornya lebih panjang, sirip punggung dan perut lebih lebar serta ukuran badannya lebih kecil dan perutnya lebih nipis. Manakala ikan pelaga betina pula mempunyai warna yang gelap sedikit, sirip dan ekornya pendek serta perutnya yang agak kembung.