BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Popular Posts

Friday 19 August 2011

VARIASI EKOR IKAN LAGA~


Sebenarnya terdapat pelbagai jenis dan bentuk ekor ikan laga. Tetapi pada kali ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai beberapa jenis bentuk ekor ikan laga yang biasanya dipertandingkan. Antaranya ialah: 

Halfmoon (HM)

Halfmoon merupakan antara jenis yang paling diminati ramai. Ekornya yang panjang dengan bukaan 180 darjah kelihatan seolah-olah seperti separa bulan. Halfmoon merupakan antara ikan laga yang mempunyai nilai yang tinggi. Ini kerana Halfmoon yang berkualiti agak sukar untuk dihasilkan. Halfmoon yang berkualiti sekurang-kurangnya mestilah mempunyai ekor yang semetri dengan bukaan ekor belakang tidak kurang dari 180 darjah





Plakat (PK)

Plakat merujuk kepada ikan laga berekor pendek. Secara amnya terdapat dua jenis plakat untuk pertandingan iaitu Traditional Show Plakat dan Modern Show Plakat. Kedua-dua jenis plakat ini mestilah mempunyai ekor belakang berbentuk ‘D’ dan sekurang-kurangnya 180 darjah. Bagi Traditional Show Plakat, ikan jenis ini biasanya mengekalkan ciri-ciri asli ikan laga. Contohnya bucu ekor belakang berbentuk bulat (tidak tajam) dan ekor bawah berbentuk trepezod. Selain itu ciri Traditional Show Plakat yang utama adalah ekor belakang hanya mempunyai 2-4 tulang (rays) sahaja. Manakala Modern Show Plakat lebih kepada ikan laga yang menunjukkan cirri-ciri hasil dari pembenihan terpilih. Contohnya bucu ekor belakang yang tajam dan ekor yang lebih semetri. Modern Show Plakat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu Plakat Semetri dan Plakat Tidak Semetri.






Crowntail (CT) 

Crowntail merupakan ikan laga yang unik dan dalam kelasya yang tesendiri. Crowntail dikatakan berasal dari Indonesia. Di Indonesia ikan laga dikenali dengan panggilan Chupang. Crowntail merupakan ikan laga yang mempunyai ekor yang tajam dan bercabang. Walaupun bergitu, Crowntail yang berkualiti mestilah mempunyai ekor belakang dengan bukaan 180 darjah. Terdapat pelbagai jenis variasi pada ekor Crowntail berdasarkan jumlah tulang atau cabang yang dihasilkan. Antaranya ialah Single Ray, Double Ray, Double Double Ray dan King Crowntail




Doubletail (DT)

Doubletail merujuk kepada ikan laga yang mempunyai belahan pada ekor belakang. Dalam erti kata lain, ikan ini seolah-olah mempunyai dua ekor belakang. Walaupun bergitu, Doubletail yang baik mestilah mempuyai ekor belakang 180 darjah dan belahan tengah yang dalam dan semetri. Doubletail boleh muncul dalam pelbagai variasi seperti Doubletail Halfmoon (DTHM), Doubletail Plakat (DTPK) dan Doubletail Crowntail (DTCT)






0 comments: